Ketupat, Rendang Berterabur Di Lokasi Nahas Pelajar UPSI

Sebahagian barangan peribadi yang ditemui milik pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pada 9 Jun 2025.
GERIK, 9 Jun – Ketupat dan rendang menjadi saksi bisu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Perodua Alza yang meragut 15 nyawa di sini, awal pagi tadi.
Juadah raya itu merupakan antara barangan yang dibawa oleh pelajar universiti berkenaan untuk pulang ke kampus mereka di Tanjung Malim.
Ketika kejadian, bas tersebut membawa lebih 40 pelajar dalam perjalanan dari dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim.

Selain ketupat dan rendang, antara barangan peribadi lain yang berselerakan di dalam bas adalah wang kertas dan bekas minuman.
Awal pagi ini media melaporkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan membabitkan bas membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini kira-kira jam 1 pagi.
Kejadian tersebut turut menyebabkan 33 yang lain cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik dan Hospital Baling, Kedah.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
