‘Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Buat Azizah’ – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-46 pada 26 Februari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-46 hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memuat naik nukilan khas untuk Dr. Wan Azizah serta gambar sewaktu mereka masih muda serta foto terkini.
“Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
“Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” katanya pada hantaran berkenaan hari ini.
Manakala di ruangan komen hantaran Perdana Menteri, rata-rata mengucapkan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan beliau dengan Kak Wan.
”Happy anniversary you both of you..my hubby selalu cerita yg dia and the mas apprentice celebrate yr wedding in one of the restored in Subang jaya,” tulis Hanisah Mohamed.
Sementara, Zubaroll Hadeed pula menitipkan komen “Sanah Helwah DSAI & DSWA , Lovely Strong Couple , Great Man & Great Woman of Malaysia , current PM & Ex TPM …”.

Dan Nizzie Mustapha menulis panjang, “ Setulusnya tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-46. Empat dekad lebih melayari bahtera rumah tangga bukanlah satu perjalanan yang singkat, tetapi penuh dengan ujian, pengorbanan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Hubungan yang terus utuh dalam setiap fasa suka dan duka ini jelas menjadi contoh teladan kepada rakyat Malaysia tentang erti kesetiaan, sabar dan kekuatan sebuah institusi keluarga.
“Sesungguhnya, perjalanan yang ditempuhi bersama — dalam keadaan senang mahupun saat getir — mencerminkan keutuhan jiwa dan keikhlasan cinta yang dibina atas dasar iman dan perjuangan bersama. Kasih sayang yang dipamerkan bukan sahaja terpancar dalam kata-kata, malah dalam tindakan, sokongan dan doa yang berpanjangan sepanjang usia perkahwinan.
“Semoga Allah SWT terus memelihara, merahmati dan memberkati hubungan yang dibina ini. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hati serta kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke akhir hayat. Moga cinta yang terjalin terus mekar dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang bahawa kesetiaan dan keikhlasan adalah asas sebenar sebuah perkahwinan yang diberkati. ❤️,” ujarnya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
