Suspek Kes Tembak Kenderaan Komander AKPS Ditahan Polis – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini proses soal siasat sedang dijalankan semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 26 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Polis sudah menahan suspek yang melepaskan tembakan terhadap kenderaan komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini proses soal siasat sedang dijalankan.

“Kita sudah buat tangkapan tak sampai 24 jam. Sekarang sedang berlaku proses soal siasat,” katanya tanpa memperincikan jumlah tangkapan dibuat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejadian itu kini sedang disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 25 Februari 2026. Foto Bernama

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin penjelasan mengenai isu keselamatan pegawai kerajaan di sempadan sebagaimana kes tembakan terhadap kenderaan seorang komander AKPS di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution memberi jaminan aspek keselamatan kakitangan yang bertugas di sempadan akan menjadi keutamaan kerajaan.

Polis sedang melakukan pemeriksaan terhadap Proton X70 yang digunakan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dalam kejadian tembakan pagi 25 Februari 2026

Beliau berkata, banyak ancaman terkait sempadan antaranya merangkami jenayah rentas sempadan, penyeludupan senjata, penyeludupan dadah, penyeludupan manusia, pendatang asing tanpa izin (PATI), jenayah bersindiket

“Segala usaha ingin memastikan agensi bertanggungjawab di pintu sempadan dan berdepan dengan pelbagai ancaman.

“Kerana itu semalam juga saya keluarkan kenyataan jelas, kita tidak akan tunduk terhadap sebarang ancaman yang berlaku,” tegasnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejadian itu kini sedang disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 25 Februari 2026. Foto Bernama

Semalam, kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ditembak dengan dua das tembakan.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, dua lelaki bermotosikal menghampiri kereta Proton X70 dipandu Nasaruddin ke masjid untuk menunaikan solat Subuh dan melepaskan beberapa das tembakan.

Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *