Sekutu Rapat Trump Mati Ditembak Di Utah!

Keadaan Charlie Kirk yang ditembak di leher sebelum meninggal dunia di hospital pada 10 September 2025.

UTAH, 11 Sep – Aktivis pempengaruh politik Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk ditembak mati ketika sedang berucap di sebuah acara di Utah Valley University di sini, semalam.

Mendiang merupakan sekutu rapat Presiden AS, Donald Trump.

Trump dalam hantaran di Truth Social mengesahkan kematian Kirk, 31, mati akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Detik ketibaan Charlie Kirk sebelum ditembak mati dalam satu acara di Utah Valley University pada 10 September 2025.

Susulan itu, Trump mengarahkan bendera di bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang sehingga Ahad ini.

Kejadian berlaku ketika Kirk sedang menjawab soalan daripada pengunjung dan video tular di lokasi menunjukkan beliau duduk di kerusi pentas utama sebelum ditembak.

Identiti penembak masih belum didedahkan pihak berkuasa.

Kirk merupakan pengasas bersama Turning Point USA, sebuah organisasi konservatif yang mempengaruhi jutaan anak muda di AS.

Beliau dikenali kerana lantang menyokong dasar anti-imigrasi dan hak pemilikan senjata. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *