Sektor Pelancongan Malaysia-Republik Kyrgyz Berpotensi Diperkasa – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov selepas mengeluarkan Kenyataan Bersama sempena lawatan rasmi Anwar di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek. Foto Facebook Anwar Ibrahim
BISHKEK, 15 Mei – Peluang pelancongan berpotensi besar untuk diperkasakan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua negara dilihat mempunyai tarikan tersendiri kepada rakyat masing-masing.
“Keindahan negeri ini dan kawasan pergunungannya itu satu tarikan yang tersendiri.
“Mereka pula sangat berminat dengan kawasan hutan kita, keindahan kota-kota di Malaysia dan pantai,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya lagi, Republik Kyrgyz juga memohon supaya diberikan peluang tambahan kepada pelajar negara itu ke Malaysia.
Ditanya mengenai lawatan rasminya ke negara-negara di Asia Tengah yang akan turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan selepas ini, Anwar berkata rantau Asia Tengah berpotensi besar untuk diterokai.
Sementara itu republik berkenaan menyatakan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada negara itu.
Anwar berkata hasrat itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya, Pengerusi Menteri-menteri Kabinet Republik Kyrgyz Akylbek Zhaparov pada pertemuan bersama di Kediaman Negara Ala Archa.
“Dia minta (Akylbek Zhaparov) kalau boleh supaya melantik seorang yang boleh menjadi penasihat kepada kerajaan (Republik Kyrgyz). Itu tahap penghormatan dan pengiktirafan mereka kepada kerajaan Malaysia.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
