Raih Potensi Eksport RM700 Juta Bukti Qatar Yakin Prospek Ekonomi MADANI PM Anwar

Pemimpin KEADILAN Perak Abul Jais Ashfaq Ahmed (tengah) menyifatkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar berjaya meningkatkan profil Ekonomi MADANI di Asia Barat. Foto Facebook Jais Ashfaq

IPOH, 16 Mei – Kejayaan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih potensi eksport sebanyak RM700 juta pada lawatan ke Qatar baru-baru ini membuktikan pemain industri negara itu yakin dengan prospek Ekonomi MADANI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan ia satu lagi pencapaian besar, pemimpin KEADILAN Perak Abul Jais Ashfaq Ahmed turut menyatakan ia juga merupakan perkembangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara yang dijana dengan nilai eksport lebih tinggi tidak lama lagi.

”Komitmen tiga hari Perdana Menteri di Doha bertemu lebih 35 kapten industri Qatar berjaya memperkukuh profil eksport dan reputasi negara sebagai salah satu negara pengeksport utama ke pasaran Asia Barat.

Pemimpin KEADILAN Perak Abul Jais Ashfaq Ahmed (tengah) menyifatkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar berjaya meningkatkan profil Ekonomi MADANI di Asia Barat. Foto Facebook Jais Ashfaq

“Ini sekaligus memastikan Malaysia meneruskan reputasi sebagai kuasa ekonomi Asia Tenggara di Timur Tengah hasil pendekatan konstruktif dan pelbagai tawaran menarik terutama industri makanan halal, petrokimia dan sebagainya,” katanya.

Abul Jais menambah hasil usaha keras Perdana Menteri dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijangka bakal membawa pelaburan besar dari rantau itu dalam masa terdekat.

Ini ditambah dengan pemilihan Kerian, Perak bagi membina membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara bakal meningkatkan nilai ekonomi di utara negeri itu.

Kenaikan Gaji 15 Peratus Bukti PM Anwar Iktiraf Sumbangan Penjawat Awam – Abul Jais

Pembukaan kawasan perindustrian baharu itu selepas kawasan Perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech Park, Kedah telah menghimpunkan syarikat terkemuka dunia dalam sektor E&E bakal menjadi tumpuan pelabur dari Qatar, Arab Saudi dan UAE.

Sementara itu, pertemuan Anwar bersama eksekutif dan pemimpin perniagaan Qatar di Doha, pada Isnin membuahkan hasil apabila MITI menerima potensi eksport berkenaan.

Perkara itu diumumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika berucap pada majlis makan malam rakyat Malaysia di Qatar bersama Perdana Menteri.

KEADILAN Perak Saran Perketat Prosedur Pemilikan Senjata Api – Abul Jais

Tengku Zafrul berkata, komitmen eksport itu dinyatakan 36 kapten industri negara itu semasa mesyuarat meja bulat perniagaan yang dipengerusikan Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, kita terima komitmen berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan kita.

“Selain itu, kita juga lihat potensi Asia Barat yang merupakan satu pasaran besar buat Malaysia yang boleh kita teroka,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam dihadiri lebih 500 rakyat Malaysia itu.

Terdahulu, sejumlah 45 kapten industri Qatar terkemuka dari 36 syarikat hadir pada mesyuarat meja bulat yang mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, kewangan, penerbangan, runcit dan pengedaran serta digital ekonomi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *