Sekolah Terbakar: PM Anwar Arah Pemulihan Segera

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan proses pemulihan Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum Muhammadiyah, Bachok disegerakan pada 14 April 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Blok bangunan Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Muhammadiah di Bachok, Kelantan yang terbakar pada Ahad lalu, mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan proses pemulihan disegerakan.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata beliau sudah mengarahkan Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi lain yang terbabit untuk menyegerakan tindakan tuntas pemulihan.

Beliau yang menyifatkan kejadian itu sebagai satu ujian besar buat warga sekolah mahu operasi sekolah berkenaan kembali berfungsi seperti sedia kala secepat mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemulihan segera bangunan sekolah terbakar di Bachok pada 14 April 2026. Foto X Anwar Ibrahim

“Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran pembelajaran yang terjejas akibat kejadian tersebut.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini yakni soal keselamatan, keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengulas insiden di Kampung Kolam, Pak Badol, Bachok jam 3.37 petang Ahad lalu yang dilaporkan, tiga blok bangunan sekolah berkenaan musnah terbakar membabitkan blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *