Bangunkan Sukan Takraw, PM Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di Kuala Lumpur pada 14 April 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta daripada kerajaan bagi memperkukuh pembangunan dan penganjuran sukan sepak takraw negara.

Peruntukan RM2 juta diumumkan Perdana Menteri, manakala RM1 juta lagi diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari pada Majlis Perasmian Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di sini, hari ini.

Perdana Menteri memaklumkan, peruntukan khas sebanyak RM2 juta yang diumumkan beliau akan disalurkan bagi menjaga kebajikan pemain, selain menyokong pergerakan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan operasi Akademi Sepaktakraw Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di Kuala Lumpur pada 14 April 2026.

“Saya setuju untuk pastikan anak-anak (pemain) dijaga. Peruntukan yang saya umumkan itu sebahagiannya adalah untuk kualiti latihan, makan minum, keselesaan dan pakaian mereka.

“Keduanya, untuk menunjang perjalanan persatuan dan ketiganya, untuk akademi. Untuk itu, saya luluskan RM2 juta sempena pelancaran Akademi Sepak Takraw Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan akademi berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *