Saya Tak Campur Keputusan Mahkamah – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong pada 20 Jun 2025. Foto Bernama
PUCHONG, 20 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak campur tangan dalam urusan berkaitan pendakwaan dan keputusan mahkamah termasuk kes melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada sabitan kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) berjumlah RM27 juta.
Perdana Menteri mengulas ringkas ketika ditanya berhubung keputusan mahkamah berkenaan dan menegaskan bahawa urusan tersebut merupakan bidang kuasa sepenuhnya sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Itu soal hakim, soal Peguam Negara. Saya tak campur,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman di sini, hari ini.
Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran di sini sebelum menunaikan solat serta menyantuni pelanggan di situ.
Dalam pada itu, beliau menempelak golongan yang hanya mengkritik apabila ringgit jatuh tetapi diam membisu apabila matawang negara kini stabil dan terus meningkat.
Untuk rekod, ringgit kini diniagakan pada julat RM4.21 hingga RM4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) biarpun di tengah-tengah konflik antara Iran dan Israel.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

