Hab Aeroangkasa, Pembinaan Kapal Sasaran Baharu Malaysia

Tidak mustahil kilang pemasangan Boeing di North Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarikat ini akan menjadi contoh terbaik buat Malaysia dalam tahun-tahun mendatang. Foto AFP
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Keupayaan Malaysia sebagai salah sebuah hab pemulihan kapal dan pembinaan komponen aeroangkasa, membuktikan satu lagi pencapaian terhadap keupayaan menjadi tumpuan syarikat-syarikat berkaitan kejuruteraan dunia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata negara berada di kedudukan baik untuk menjadi pangkalan aeroangkasa ASEAN yang berdaya saing, disokong oleh kekuatannya dalam kejuruteraan, perkhidmatan penyelenggaraan dan penyepaduan sistem.
Untuk rekod, pada 2024 dan suku pertama 2025, sektor itu menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM1.5 bilion, dengan 71.3 peratus daripadanya disumbang sumber asing manakala baki selebihnya daripada modal tempatan.
Namun lebih banyak potensi dan peluang boleh diteroka dalam mengukuhkan kedudukan negara sebagai antara pemain utama dalam pengendalian dan operasi pembaikan kapal serta cabang kejuruteraan berkaitan seperti marin, elektrikal, mekanikal dan aeroangkasa.
Bertepatan dengan itu, pelbagai inisiatif dan usaha termasuk meningkatkan kecekapan tenaga kerja, mengurangkan kemalangan industri serta perancangan latihan berterusan menjadi keutamaan dan tanggungjawab semua pihak termasuk NIOSH, DOSH dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Lebih membanggakan, Malaysia telahpun menjadi pilihan Boeing untuk menempatkan satu-satunya kemudahan pembuatan milik penuhnya di Asia Tenggara, Boeing Composites Malaysia (BCM), yang mengeluarkan bahagian komposit untuk semua pesawat komersial syarikat itu.

Bagi Presiden Boeing untuk rantau Asia Tenggara, Penny Burtt menganggap Malaysia sebagai rakan kongsi bernilai syarikat itu dalam perniagaan penerbangan komersial, pertahanan dan perkhidmatan.
Beliau berkata usaha Boeing di Malaysia termasuk memajukan keselamatan penerbangan, menyokong inisiatif kemampanan, mengukuhkan rantaian bekalan, menyantuni komuniti dan melatih tenaga kerja aeroangkasa bagi masa depan.
Bagi maksud berkenaan, beberapa pelan sedang dirangka untuk dilaksanakan untuk mencapai tahap standard tinggi mengikut piawaian antarabangsa.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

