Rusuhan Indonesia: Rupiah Terus Merudum

Matawang rupiah kini bernilai RM256 bagi satu juta unit.
KUALA LUMPUR, 4 Sep – Mata wang Indonesia iaitu Rupiah (Rp) semakin jatuh merudum apabila mencatatkan nilai tukaran Rp1,000,000 bersamaan hanya RM256 hari ini.
Awal bulan lalu, tukaran Rupiah berbanding Ringgit Malaysia ialah RM285, penurunan lebih RM29 direkodkan dan pernah mencecah RM315 beberapa bulan lepas.
Penurunan mendadak tersebut berlaku setelah kejadian demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia ketika ini menjadi faktor utama kejatuhan nilai mata wang negara jiran itu.
Malah, ada juga pakar kewangan yang merujuk keadaan huru-hara di Indonesia ketika ini bakal menjadikan nilai mata wang akan lebih teruk jika rusuhan tidak ditamatkan segera.
Jika berterusan keadaan ini bakal menyebabkan nilai pertukaran mata wang Indonesia boleh mencecah RM230 bagi Rp1,000,000.
Rata-rata orang ramai bersetuju jika masyarakat Malaysia sama-sama tukar mata wang tersebut dan kembali membantu rakyat Indonesia selepas kekecohan kembali reda.
“Bagi yang ada duit, boleh la tukar masa rendah ni. Bukan apa, nanti dah reda semua kita pula bantu ekonomi mereka,” ujar Yah Kassim.
“Kita sama-sama rakyat serumpun ni, kita wajib bantu mereka. Paling penting sekarang adalah ekonomi. Kita bantu mereka selepas ini,” tulis Sofea90.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

