Rusuhan Indonesia: Presiden Prabowo Umum Keistimewaan, Elaun Ahli Parlimen Ditarik Balik

Presiden Indonesia Prabowo Subianto menziarahi keluarga Affan Kurniawan yang maut dilanggar brimob (kenderaan taktikal polis) dan menghadiahkan sebuah rumah bagi merealisasikan impian allahyarham kepada ibunya. Foto Antara News
JAKARTA, 31 Ogos – Presiden Prabowo Subianto mengumumkan parti-parti politik di Indonesia hari ini bersetuju beberapa keistimewaan dan elaun untuk Ahli Parlimen ditarik balik.
Ia susulan protes dan rusuhan besar-besaran yang terus meruncing di seluruh Indonesia bagi menentang kerajaan atas isu seperti bayaran tambahan dan elaun perumahan untuk Ahli Parlimen.
Pergolakan yang semakin tegang itu mengakibatkan sekurang-kurang lima kematian dilaporkan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Kematian ojek iaitu penunggang motosikal penghantar penumpang, Affan Kurniawan mencetuskan rusuhan bermula di Jakarta dan kemudian merebak ke Cirebon, Bogor, Solo dan Makassar dan meningkatkan gelombang kemarahan rakyat di republik itu.
Prabowo sendiri memohon maaf kepada Presiden China, Xi Jinping kerana tidak dapat hadir ke Shanghai bagi memantau situasi keselamatan dari ibu negara dan mengarahkan pasukan keselamatan mententeramkan keadaan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
