Rumah Panjang Terbakar, 38 Hilang Tempat Berteduh

Kebakaran yang memusnahkan rumah panjang didiami 9 keluarga di Jalan Penasu, Sibu pada 16 Jun 2025. Foto JBPM Sarawak
SIBU, 16 Jun – Seramai 38 orang daripada sembilan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Gamang di Jalan Penasu, di sini musnah dalam kebakaran, petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata bomba terima panggilan kejadian jam 6.56 petang.
“Sampai di lokasi, bomba dapati api sedang marak memusnahkan struktur bangunan rumah panjang,” katanya.

Pasukan bomba kemudian bertindak memadam kebakaran yang berlaku dengan menggunakan dua aliran air yang mana sumber air diperoleh dari jentera bomba. Selepas setengah jam api dapat dikawal pada jam 7.44 malam.
Menurutnya, kebakaran yang berlaku tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa apabila semua penghuninya berjaya keluar menyelamatkan diri.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
