PM Anwar Hargai Komitmen Semua Parti Komponen Kerajaan Perpaduan – Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di Angkasapuri pada 20 Mei 2026. Foto Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 20 Mei – Perdana Menteri, Dstuk Seri Anwar Ibrahim menghargai komitmen semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk terus menyokong dan bersama kerajaan pimpinannya sehingga tamat penggal pentadbiran, kata Datuk Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, komitmen tersebut dizahirkan pada Mesyuarat Kabinet hari ini, selepas Perdana Menteri menyentuh mengenai kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal daripada tempoh mandat tamat sekitar November tahun depan.

“Disebabkan beliau (Perdana Menteri) ada bercakap mengenai soal ini (PRU awal) sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan (PH) pada Ahad lalu, beliau ada memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai perkara itu.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di Angkasapuri pada 20 Mei 2026. Foto Fahmi Fadzil

“Parti komponen dalam Kerajaan Persekutuan menyatakan mereka berhasrat untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal, jadi komitmen itu diulangi dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Komitmen ini mencerminkan keutamaan diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini, hari ini yang menekankan kesepaduan dalam Kerajaan Perpaduan kekal sehingga penggal pemerintahan berakhir.

Kelangsungan pentadbiran sesebuah kerajaan bukan berdasarkan individu, tetapi atas dasar keputusan secara kolektif dan pantas mendepani cabaran semasa domestik dan global. Foto mesyuarat kabinet pada 13 Mei 2026. Foto Mohamad Sabu

Penggal parilmen ke-15 akan berakhir secara automatik pada 19 Disember 2027.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *