Rombakan Kabinet Hanya Isi Tempat Kosong – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan model kenderaan elektrik pertama (EV) keluaran PERODUA, QV-E di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa beliau tidak akan melakukan rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya hanya akan mengisi kekosongan bagi beberapa jawatan Menteri.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan model kenderaan elektrik pertama (EV) keluaran PERODUA, QV-E di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025. Foto Bernama

“Bagaimanapun, saya sedang merenung apakah langkah yan harus diambil tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan model kenderaan elektrik pertama (EV) keluaran PERODUA, QV-E di sini, hari ini.

Mulai esok akan ada empat kekosongan jawatan Menteri iaitu:

• Menteri Ekonomi — kosong selepas peletakan jawatan Mohd Rafizi Ramli

Nik Nazmi (kanan) mengikut jejak langkah Rafizi meletak jawatan sebagai menteri susulan kekalahan dalam Pemilihan KEADILAN 2025. Foto Facebook Nik Nazmi

• Kementerian Alam Sekitar & Kelestarian Alam — kosong sejak peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad awal Julai 2025

• Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi — Ewon Benedick letak jawatan bulan lalu

• Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) — dijangka kosong esok apabila tempoh sebagai Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, berakhir.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *