Wall Street Naik Dorong Bursa Malaysia Lonjak 10 Mata

Thong yakin bursa tempatan bersedia berdepan peningkatan berikutan keputusan yang memuaskan daripada pilihan raya pada Sabtu, dan menjangka indeks akan berada dalam jajaran antara 1,605 dan 1,615 hari ini.

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas, mendorong juga kenaikan indeks utama FTSE Bursa Malaysia.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.40 mata atau 0.65 peratus kepada 1,614.87 daripada 1,604.47 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks itu dibuka mengukuh 3.79 mata kepada 1,608.26.

Prestasi Bursa Malaysia menjejaki situasi serantau seperti Nikkei 225 dan Hang Seng di Hong Kong pada 5 November 2025 dan juga di Wall Street pada 1 Disember 2025.

Pasaran meluas adalah positif dengan 190 kaunter untung mengatasi 166 kaunter rugi manakala 293 kaunter lagi tidak berubah, 2,040 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 99.44 juta saham bernilai RM74.07 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil 10 tahun Amerika Syarikat meningkat kepada 4.017 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng menyusut berikutan peniaga mencari pemangkin baharu selepas mengambil kira jangkaan penurunan kadar faedah dalam harga pasaran,” katanya kepada Bernama.

Indeks Bursa Malaysia bersama pasaran serantau dan antarabangsa pada 21 Oktober 2025. Foto Yahoo! Finance

Selepas ditutup di bawah paras 1,605 Jumaat lepas, Thong yakin bursa tempatan bersedia berdepan peningkatan berikutan keputusan yang memuaskan daripada pilihan raya pada Sabtu, dan menjangka indeks akan berada dalam jajaran antara 1,605 dan 1,615 hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing meningkat lapan sen kepada RM13.26 dan RM8.34, CIMB menokok 21 sen kepada RM7.86, Maybank naik empat sen kepada RM9.95 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.35. – Bernama

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *