RM2 Bilion Diperuntuk Kekalkan RON95 Pada RM1.99 Seliter – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026. Foto PMO

KOTA KINABALU, 15 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM2 bilion sebulan bagi mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter menerusi inisiatif Budi MADANI RON95 berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia kini.

Perdana Menteri berkata, pengekalan harga itu dijangka melibatkan subsidi keseluruhan RM24 bilion setahun yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban susulan peningkatan harga minyak dunia ketika ini.

Ujar Anwar, selain mengekalkan petrol RON95 pada paras antara yang termurah di dunia, kerajaan juga masih menanggung subsidi diesel di Sabah dan Sarawak yang ditetapkan pada RM2.15 seliter berbanding kos sebenar RM4.30.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026. Foto PMO

“Tahun lepas, subsidi diesel untuk Sabah dan Sarawak ialah RM2 bilion… tetapi setakat tahun ini, selepas perang dan harga melonjak, kerajaan perlu membayar (anggaran jika harga semasa kekal) RM4.6 bilion (setahun) bagi menampung subsidi diesel di kedua-dua negeri.

“Ini kita lakukan… Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) sendiri telah memohon supaya rakyat Sabah yang susah tidak dibebankan (dengan peningkatan kos pengangkutan),” katanya ketika berucap merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Turut hadir Hajiji, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Mengulas lanjut mengenai lonjakan harga minyak semasa, Anwar berkata ia berpunca daripada krisis geopolitik di Asia Barat, dan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka membantah sekeras-kerasnya campur tangan tentera serta serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026. Foto PMO

“Ketegangan itu telah menyebabkan penutupan Selat Hormuz yang mengakibatkan kapal dagang antarabangsa terkandas sekali gus melonjakkan kos pengangkutan dan insurans rantaian bekalan global,” katanya.

Meskipun berdepan krisis luaran, Perdana Menteri bersyukur kerana Malaysia kekal aman, makmur dan menjadi contoh negara bersederhana sehingga pemimpin negara lain turut menghubungi Malaysia bagi mendapatkan pandangan ke arah penyelesaian konflik tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat agar mendalami erti sebenar sambutan Hari Pengguna Kebangsaan dan juga bulan Ramadan dengan menjadi pengguna yang bijak.

Anwar menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang menjurus kepada perbelanjaan berlebihan sebaliknya mengamalkan kesederhanaan dan sentiasa beringat untuk membantu nasib golongan miskin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026. Foto PMO

Beliau turut mengingatkan orang ramai tentang nasihat pakar ekonomi berhubung teori conspicuous consumption (penggunaan ketara), iaitu kecenderungan pengguna membeli barangan yang tidak perlu dan di luar kemampuan akibat terpukau dengan hebahan pemasaran serta sentimen berbanding keperluan sebenar keluarga.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *