‘Masih Kenali Hati Budi YB Kamri’ – A Aida

A Aida bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin. Foto Instagram Mohd Izhar Ariff
KUALA LUMPUR, 15 Mac – Usahawan dan artis tempatan, Datuk A. Aida berkata hubungan dengan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin masih lagi berkawan dalam gosip yang hangat diperkatakan ketika ini.
“Kami baru berkawan dan dalam proses kenali hati budi lagi,” kata A Aida dan mengaku selesa sepanjang berkawan dengan Mohd Kamri yang berstatus duda itu.
“Kami selesa berkawan kerana sama-sama berstatus solo. Dia juga berstatus duda dan isterinya juga sudah meninggal dunia sejak dua tahun lalu.
“Sebab dia berstatus duda itulah kami boleh berkawan kerana saya tidak berminat untuk berkawan dengan suami orang,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya perancangan berkahwin pula, kata A Aida, dia hanya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT.
“Kalau ada jodoh, adalah. Saya juga mohon kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat masa ini,” katanya.
Terdahulu, perkongsian Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff di Instagram (IG) yang memuat naik gambar A Aida bersama Mohd Kamri atau dikenali Yang Berhormat (YB) Kamri ketika majlis iftar anjuran A Aida Productions baru-baru ini, turut mencuri perhatian ramai.
Dalam perkongsiannya, Dr Izhar juga memohon pengikut IG untuk sama-sama mendoakan hubungan Aida dan YB Kamri itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
