Rizab Antarabangsa BNM AS$122.8 bilion Setakat 12 September 2025

BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

KUALA LUMPUR, 23 Sep – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$122.8 bilion pada 12 September 2025 berbanding AS$122.7 bilion pada 29 Ogos lalu.

Bank Negara dalam satu kenyataan berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Pada 29 Ogos lalu, rizab BNM berjumlah AS$122.7 bilion sementara paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 5.8 bulan import barangan tertangguh.

“Hutang luar negeri jangka pendek terdiri daripada peminjaman daripada bukan pemastautin dengan kematangan satu tahun atau kurang. Jumlah ini kebanyakannya disumbangkan oleh bank-bank tempatan berhubung dengan operasi mudah tunai mata wang asing mereka dan syarikat multinasional (multinational companies, MNC) (termasuk bank-bank asing) yang membuat pinjaman daripada bank induk/ibu pejabat mereka di luar negeri.

“Kesemua obligasi ini boleh dipenuhi oleh operasi biasa menerusi pemegangan aset luaran mereka dan tidak melibatkan penggunaan rizab antarabangsa BNM,” kata kenyataan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *