PM Anwar Disambut Penuh Istiadat Ketenteraan Di Istana Presiden Timor-Leste

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memeriksa barisan kehormat dalam majlis sambutan di Istana Presiden di sini petang ini, menandakan permulaan pertunangan rasminya pada hari pertama lawatan bersejarah dua hari ke Timor-Leste pada 23 September 2025. Foto Bernama

DILI, 23 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan penuh istiadat di Istana Presiden di sini petang ini sekali gus menandakan bermulanya sesi rasmi pada hari pertama lawatan bersejarah beliau ke Timor-Leste selama dua hari.

Majlis itu, yang diketuai Presiden Dr José Ramos-Horta pada 4.10 petang waktu tempatan, menyaksikan lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang diikuti tembakan meriam sebanyak 19 das.

Anwar kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan dan menandatangani Buku Pelawat sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Ramos-Horta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta dan Xanana Gusmão pada hari pertama lawatan bersejarah dua hari pada 23 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kedua-dua pemimpin kemudian bertemu media dalam sidang akhbar bersama.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Anwar juga dijadual menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis sebelum menyertai Majlis Temu Mesra MADANI dengan diaspora Malaysia serta alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta dan Xanana Gusmão pada hari pertama lawatan bersejarah dua hari pada 23 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Program hari ini akan diakhiri dengan jamuan makan malam rasmi di Dewan Serbaguna GMN yang dihoskan bersama oleh Ramos-Horta dan Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *