Rejim Israel Makin Kejam, 15 Maut Serangan Ke Atas Sekolah

Penduduk Palestin meninggalkan sekolah yang diserang Israel di Deir al Balah di Bandar Gaza. Foto Reuters

GAZA, 2 Ogos – Tentera Israel menyerang sebuah sekolah di Shejaia di Bandar Gaza pada Khamis, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan 29, kata perkhidmatan kecemasan awam Palestin, ketika pertempuran berterusan di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel berkata ia menyasarkan pejuang yang beroperasi di kawasan dalam sekolah yang didakwa digunakan sebagai tempat persembunyian komander dan pejuang Hamas.

“Banyak langkah diambil untuk mengurangkan risiko mencederakan orang awam, termasuk penggunaan peluru yang tepat, pengawasan dan risikan tambahan,” dakwa mereka dalam kenyataan.

Ia tidak memberikan maklumat mengenai sebarang kemalangan jiwa tetapi menuduh Hamas sengaja beroperasi dalam infrastruktur awam.

Hamas menafikan menggunakan kemudahan awam seperti hospital dan sekolah untuk tujuan ketenteraan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *