Rakyat Tak Perlu Panik, Bekalan Beras Mencukupi – Jamawi

Pegawai Lembaga Padi dan Beras Sabah BERNAS Sabah memantau stok beras di Pusat Simpanan Kolombong, Kota Kinabalu pada 17 Mac 2026. Foto Jamawi Jaafar

KOTA KINABALU, 18 Mac – Bekalan beras di Sabah kekal mencukupi dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik susulan laporan kekurangan stok di beberapa daerah pedalaman.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata, setakat ini stok simpanan beras negeri mampu menampung keperluan rakyat sehingga enam bulan.

Menurutnya, jika digabungkan dengan stok perdagangan, stok pemborong serta bekalan beras tempatan, jumlah keseluruhan bekalan beras di negeri ini boleh bertahan sehingga sembilan bulan.

Pegawai Lembaga Padi dan Beras Sabah BERNAS Sabah memantau stok beras di Pusat Simpanan Kolombong, Kota Kinabalu pada 17 Mac 2026. Foto Jamawi Jaafar

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan bekalan makanan asas bagi memastikan kestabilan bekalan terus terjamin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan mengelakkan pembelian secara berlebihan.

Jamawi berkata, arahan sudah diberikan supaya penghantaran bekalan beras putih import pada harga mampu milik digerakkan segera dalam kuantiti besar ke beberapa kawasan terjejas.

“Kawasan terlibat termasuk Keningau, Sook, Tenom, Kemabong dan Sipitang bagi memastikan bekalan kembali stabil dalam tempoh terdekat.

Pegawai Lembaga Padi dan Beras Sabah BERNAS Sabah memantau stok beras di Pusat Simpanan Kolombong, Kota Kinabalu pada 17 Mac 2026. Foto Jamawi Jaafar

“Bekalan beras dijangka pulih seperti biasa dan orang ramai diminta bertenang serta tidak melakukan pembelian panik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemantauan yang dijalankan di Pusat Simpanan Kolombong oleh Lembaga Padi dan Beras Sabah bersama BERNAS mendapati bekalan beras berada pada tahap stabil dan mencukupi.

Tinjauan di lapangan pada hari ini pula menunjukkan bekalan beras sudah mula diedarkan ke kedai-kedai di Tenom, Kemabong, Sook dan Keningau.

Di Tenom sahaja, sebanyak 53 tan beras sudah memasuki pasaran melalui pengedar BERNAS, melibatkan 30 tan oleh PPK Tenom dan 23 tan oleh Sazarice.

Secara keseluruhan, pergerakan stok beras ke daerah Tenom menunjukkan bekalan berada pada tahap mencukupi dengan kerjasama pemborong yang menghantar bekalan ke premis perniagaan di kawasan itu.

Tinjauan sama juga mendapati situasi pembelian panik sudah reda dan keadaan kembali tenang.

Bagi keperluan bulanan, penggunaan beras di kawasan berkenaan dianggarkan sekitar 470 tan metrik, bersamaan purata 16 tan sehari.

Sebanyak 70 tan atau kira-kira 15 peratus keperluan bulanan sudah dan sedang dihantar hari ini, melebihi keperluan harian.

Perkembangan itu memberi jaminan bahawa bekalan beras di Sabah berada dalam keadaan stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *