Chegubard Dipecat Daripada Bersatu

Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dilapor dipecat daripada Bersatu pada 18 Mac 2026. Foto Chegubard

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali Chegubard dipecat daripada parti itu hari ini.

Beliau dimaklumkan mengenai pemecatan itu oleh setiausaha Lembaga Disiplin Bersatu melalui aplikasi WhatsApp pada 6 petang hari ini.

“Ternyata parti tidak lagi memperjuangkan isu rakyat, parti yang presidennya mementingkan hanya kelompok tertentu, yang mengugut semua orang supaya mengikut telunjuk pejabat presiden semata-mata,” katanya.

Hantaran di Facebook Chegubard mengadakan sidang media pada 18 Mac 2026.

Badrul yang dipilih sebagai ketua Bersatu Port Dickson pada November 2024, berikrar untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dan memerangi rasuah.

Sebelum ini, beliau adalah ahli KEADILAN namun dipecat pada 2016, kemudian menyertai Bersatu pada 2020.

Terdahulu, Badrul mendedahkan menerima notis tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti pada 10 Mac berhubung beberapa dakwaan, termasuk tuduhan mencemarkan imej dan nama parti.

Beliau diberi tempoh sehingga semalam untuk menjawab notis itu, namun enggan berbuat demikian kerana menganggap perkara yang dibangkitkan ‘tidak masuk akal’.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *