Rakyat Perlu Tolak Politik Perpecahan, Mesti Dengar Denyut Nadi Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Terbuka Awam Merotai Besar, Kalabakan pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TAWAU, 26 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak politik perpecahan kerana Sabah memerlukan kepimpinan berwibawa serta calon yang benar-benar dekat dengan denyut nadi rakyat.

Ini kerana Sabah wajar menikmati kemajuan dan kesejahteraan di bawah kepimpinan yang mengamalkan pendekatan inklusif serta memperjuangkan kepentingan negeri dan Malaysia secara keseluruhan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Terbuka Awam Merotai Besar, Kalabakan pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu Anwar yang juga Presiden KEADILAN membayangkan parti itu akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.72 Merotai pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Beliau berkata, DUN Sabah dijangka terbubar selewat-lewatnya pada 11 November ini, dan rakyat perlu menolak politik tidak sihat itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Terbuka Awam Merotai Besar, Kalabakan pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Apa yang penting, kita mesti ada kesatuan, jangan ada permusuhan, bukan Melayu lawan Cina, bukan Dusun lawan Kadazan, bukan Sabah mahu lawan Semenanjung.

“Pilih orang Sabah yang baik, pilih orang Semenanjung yang baik untuk menjaga rakyat. Ajak bergaduh dengan saya buat apa?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Terbuka Awam Merotai Besar, Kalabakan pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya kasih kepada rakyat kerana saya sendiri pernah hidup derita,” katanya ketika berucap pada Himpunan Temui Rapat Umum, di Merotai di sini, malam ini.

Anwar berkata, PRN Sabah ke-17 adalah ruang penting untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar boleh membawa suara rakyat, mengangkat martabat orang Sabah dan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Terbuka Awam Merotai Besar, Kalabakan pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebagai calon, dia mesti faham, mesti wakili semangat orang Sabah, dan mesti mengangkat darjat rakyat Malaysia.

“Jangan hanya tabur janji ibarat bulan dan bintang, tetapi mesti membawa perubahan melalui pembangunan dan teknologi,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *