GSF: PM Anwar Hargai Bantuan Kapal Perang Itali, Sepanyol Lindungi Konvoi Ke Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan lawatan rasmi ke Itali atas jemputan Perdana Menteri, Giorgia Meloni di Palazzo Chigi, Rom pada 3 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Itali dan Sepanyol yang telah menghantar kapal perang tentera laut masing-masing untuk melindungi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini menuju perairan di Gaza.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut memberi kata-kata semangat kepada pasukan GSF yang menyertai misi berkenaan bertujuan menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan pakaian bagi menyelamatkan nyawa penduduk Gaza.

“Semoga kekuatan dan kecekalan bersama kalian. Dunia mendukung terus!” katanya.

Hantaran di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan Itali dan Sepanyol atas bantuan kapal perang yang diberikan kepada konvoi GSF. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri juga dijangka akan berinteraksi dan memberi kata-kata semangat kepada 34 rakyat Malaysia yang menyertai GSF di perairan antara Greece dan Cyprus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kehadiran Perdana Menteri bakal memberi kekuatan moral bukan sahaja kepada sukarelawan negara, tetapi juga rakan seperjuangan mereka dari negara lain.

Misi GSF disertai lebih 500 sukarelawan dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat yang menaiki 53 kapal bagi memecah kepungan rejim Zionis terhadap Gaza, termasuk 34 sukarelawan dari Malaysia.

Untuk rekod, kerajaan Itali telah menghantar dua buah kapal perang atas arahan Menteri Pertahanan, Guido Crosetto manakala Sepanyol menghantar kapal perang pertama dan sebuah lagi menyusul atas arahan Perdana Menteri, Pedro Sanchez.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *