Rakyat Lega Epal, Oren Dikecuali SST

Faizul Abdul Ghani kesal dengan tindakan ADUN Manjoi daripada Pas yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu. Foto Faizul Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pengecualian buah epal dan oren yang diimport daripada peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), disambut baik pelbagai pihak.

Ini setelah perbincangan berkenaan pengecualian itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam.

Seorang peniaga, Faizul Abdul Ghani menyambut baik pengecualian itu kerana buah-buahan seperti epal dan oren kini menjadi hidangan pencuci mulut rakyat selain pisang atau nanas.

“Pengecualian SST yang diumum Perdana Menteri ke atas buah-buahan import iaitu epal dan oren menunjukkan beliau memahami kehendak rakyat yang mahukan barangan itu tidak dikenakan cukai bermula 1 Julai ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan pembangunan Kota MADANI di Putrajaya pada 26 Jun 2025. Foto Bernama

“Malah ia akan menggalakkan lagi pemakanan buah-buahan tempatan seperti pisang, nanas, manggis selain durian yang merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dari sudut eksport dan permintaan komoditi dan produk berasaskan buah-buahan,” katanya.

Ia turut disokong penggemar buah-buahan, Jannah Sidek, 52 yang menyediakan buah-buahan seperti epal dan oren bagi mempelbagaikan pola pemakanan sihat buat keluarga.

“Alhamdulillah pengecualian epal dan oren ini membolehkan saya menyediakan hidangan buah-buahan buat keluarga tanpa meninggalkan buah-buahan tempatan seperti ciku dan langsat selain pisang yang menjadi kegemaran kami sekeluarga,” katanya.

Pelbagai pihak menyambut baik pengecualian SST ke atas epal dan oren yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2025.

Terdahulu ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota MADANI di Presint 19, Anwar mengumumkan kelonggaran ke atas kedua-dua buah tersebut setelah mendengar pandangan pelbagai pihak.

“Masih ada orang mengeluh katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal dan dia kata ini orang dulu kata ‘an apple a day keep the doctor away’ tak betul itu, (ia) ‘a banana’ sebenarnya, sebab pisang potasium tinggi.

“Jadi, semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren,” katanya.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pelbagai pihak menyambut baik pengecualian SST ke atas epal dan oren yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim Fand

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan kerajaan akan meneliti semula peluasan SST beberapa komoditi import tertentu termasuk buah-buahan seperti epal dan oren.

Katanya, memandangkan buah-buahan itu diimport sepenuhnya dari luar, cadangan untuk mengenakan SST antara lima hingga 10 peratus perlu diteliti semula.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, nilai ambang SST bagi buah-buahan berkenaan juga dinaikkan dari RM500,000 kepada RM1 juta.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *