Kenaikan Gaji 15 Peratus Bukti PM Anwar Iktiraf Sumbangan Penjawat Awam – Abul Jais

Ketua Cabang KEADILAN Beruas, Abul Jais Ashfaq Ahmed berkata pengiktirafan Perdana Menteri itu turut membawa bersama peningkatan produktiviti mereka bagi menambah sumber pendapatan negara. Foto Arkib

IPOH, 1 Mei – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember ini disifatkan sebagai tanda pengiktirafan dan sumbangan mereka kepada ekonomi negara.

Menyifatkan ia satu sejarah baharu Kerajaan MADANI yang paling dinantikan sejak 12 tahun lalu, Ketua Cabang KEADILAN Beruas, Abul Jais Ashfaq Ahmed berkata pengiktirafan Perdana Menteri itu turut membawa bersama peningkatan produktiviti mereka bagi menambah sumber pendapatan negara.

“Bagi pihak KEADILAN negeri Perak, saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember ini sekaligus memberi suntikan semangat untuk mereka bekerja lebih bersungguh-sungguh bersama Kerajaan MADANI.

Ketua Cabang KEADILAN Beruas, Abul Jais Ashfaq Ahmed berkata pengiktirafan Perdana Menteri itu turut membawa bersama peningkatan produktiviti mereka bagi menambah sumber pendapatan negara. Foto Arkib

“Namun ingin saya ingatkan bahawa kenaikan ini bermakna penjawat awam wajar mengubah etika kerja dengan memanfaatkan setiap sen yang diterima untuk mengubah kehidupan mereka dan keluarga ke arah kebaikan selaras dengan agenda Malaysia MADANI,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Abul Jais berkata, ia juga petanda bahawa Anwar memahami keresahan umum ekoran kenaikan harga barang yang kebanyakannya berpunca daripada faktor luar seperti cuaca, perubahan iklim, peperangan dan konflik yang melanda seluruh dunia.

TERKINI: Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah – PM Anwar

Terdahulu Anwar mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji 15 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan MADANI akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.

“Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

“Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan ‘Pekerja KESUMA Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *