‘Qunut Nazilah’ Pas Dah ‘Terkena’ Kepada Bersatu?

Apakah Bersatu telah ‘terkena’ doa ‘qunut nazilah’ yang dibacakan pemimpin Pas hingga berlaku pergelutan sesama sendiri?

PENDAPAT, 7 Sep – Insiden kekecohan yang berlaku ketika ucapan dasar Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin malam tadi sesungguhnya menjadi detik hitam yang amat memalukan bukan setakat kepada para perwakilan parti itu, malah kesannya juga dirasai Perikatan Nasional (PN) sendiri.

Dalam ‘keghairahan’ Muhyiddin membangkitkan peringatan kepada ahli dan pemimpin parti itu agar tidak mengulangi kesilapan parti politik lain yang rebah kerana perpecahan dalaman, tak semena-mena berlaku jeritan ‘turun Tan Sri’ dan ‘hidup Tan Sri’ bersahutan di tengah-tengah dewan hingga memaksa pasukan keselamatan parti itu masuk campur cuba menenangkan keadaan yang tidak disangka-sangka itu.

Beberapa perwakilan parti yang tidak berpuas hati dengan ucapan Muhyiddin itu, akhirnya membuat kecoh lantas menenggelamkan sama sekali ‘mood’ perwakilan yang terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya apa yang mereka saksikan, rupanya benar-benar berlaku.

Imej tangkap layar kekecohan yang berlaku semasa ucapan dasar Muhyiddin pada PAT Bersatu di Shah Alam pada 6 September 2025.

Manakala tetamu parti sekutu yang hadir termasuk Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan seolah mendapat ‘rezeki terpijak’ melihat dengan mata kepala sendiri inilah senario ‘parti orang Melayu’ yang ‘ditungganginya’ dalam PN selama ini.

Tidak lama selepas memberi peringatan tentang masa depan parti dalam PN, yang kelihatan makin suram sejak gagal memerintah Putrajaya pada PRU15, nampaknya jalan PN makin berliku ekoran pertelingkahan dalaman yang amat memalukan dalam sejarah penubuhan parti berkenaan.

“Jika Presiden dijatuhkan melalui kutipan tandatangan, semua di atas pentas ini (Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU) pun boleh dijatuhkan melalui cara sama.

‘Drama’ kekecohan semasa ucapan Muhyiddin menenggelamkan apa sahaja ‘seruan’ atau ‘nasihat’ agar tidak berlaku pergolakan dalaman.

“Ketua Bahagian, Ketua Armada, Ketua Srikandi, Ketua Srikandi Muda, Ketua Bersekutu dan semua Ahli Jawatankuasa Bahagian pun boleh ditimpa nasib sama.

“Ingat, parti kita ada Perlembagaan (dan) peraturan. Patuhilah Perlembagaan parti kalau kita mahu parti kita ini tertib, elok, rukun dan damai.

“Sedarlah saudara-saudari… berdasarkan sentimen rakyat, Bersatu dan Perikatan Nasional sedang berada di kedudukan terbaik untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 serta membentuk kerajaan,” katanya.

Apakah hubungan antara Muhyiddin dan Hamzah semakin renggang susulan isu ‘surat layang’ dan pelbagai spekulasi timbul dalam cubaan menjatuhkan Muhyiddin?

Melihat kepada ucapan Muhyiddin itu sahaja sudah jelas apa yang diungkapkannya amat kontradik dengan realiti sebenar yang melanda parti pengkhianat mandat rakyat itu ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Harapan (PH).

Tak lama sebelum itu, Hamzah Zainudin mengingatkan ahli serta pemimpin parti itu supaya menghentikan budaya surat layang dan cucuk-mencucuk kerana ia boleh merosakkan parti.

Penegaskan Hamzah seakan ‘tak masuk dalam kepala’ para perwakilan hinggalah tercetusnya insiden memalukan terhadap ‘bosnya’ sendiri malam tadi.

Semuanya gara-gara tersebar surat layang yang berlegar di media sosial mendakwa bahawa Hamzah yang juga Ketua Pembangkang, bertindak sebagai ‘broker’ yang menggerakkan cadangan penubuhan Majlis Eksekutif PN sebagai usaha menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatan Presiden Bersatu, namun tiada pengesahan sama ada Ketua Pembangkang itu benar-benar menjadi ‘dalangnya’.

Komen warganet di media sosial tak kurang juga hebatnya seakan ‘merestui’ parti perkauman itu bertelagah sesama sendiri.

“Turun Anwar ❌
Turun Muhyiddin ✅
Kesan qunut nazilah agaknye 🤭,” tulis Mohd Najib Mohd Haidin.

Din Petir pula menyindir “Berkat qunut nazilah Lebai Tesla jasin (Zulkifli Ismail),” jelasnya.

Sementara MK EL menulis “kikikikikikikikiki🤣🤣🤣seronok tengok puak2 pengkhianat pada bangsa hancur dgn sendiri…..PNPAS BERSATU pambangkang yg paling bodoh..yg paling lemah..yg paling hina dalam sejarah malaysia hari ni…..walaun kelarah masuk masuk masuk…walaun kelarah tak berani masuk komen takut kena hempuk dok bawah meja🤣🤣”.

Jadi kesimpulannya, adakah doa ‘qunut nazilah’ yang menjadi ‘ratib’ seorang ‘tuan guru’ telah ‘terkena’ kepada rakan sekutu?

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *