Kes Zara: AGC Pertimbang Tindakan Lindungi Saksi Inkues

Peguam Negara Tan Sri Dusuki Mokhtar ketika hadir pada perasmian Kampung Angkat MADANI di Kota Bharu pada 6 September 2025. Foto AGC

KOTA BHARU, 7 Sep – Jabatan Peguam Negara akan mempertimbang secara menyeluruh sama ada terdapat keperluan untuk melindungi saksi sepanjang prosiding inkues membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir berlangsung.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bagaimanapun berkata, beliau merasakan tiada keperluan untuk perkara itu buat masa ini.

“Untuk aspek perlindungan saksi, kita akan melihat dan pertimbang secara menyeluruh jika wujud keadaan yang membolehkan tindakan melindungi saksi diambil, kita akan lakukan.

Peguam Negara Tan Sri Dusuki Mokhtar ketika hadir pada perasmian Kampung Angkat MADANI di Kota Bharu pada 6 September 2025. Foto AGC

“Namun buat masa ini saya belum nampak lagi keperluan itu. Namun jika ada keadaan yang memerlukan dan wajar dilakukan, kita akan buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Malaysia MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Gaffar di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu membuat laporan polis berhubung ancaman diterima daripada netizen dipercayai susulan keterangannya selama dua hari dalam prosiding inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *