Punca Nahas Pesawat Pejuang TUDM Dikenalpasti – Panglima Tentera Udara

Keadaan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM yang kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan pada 21 Ogos 2025.

KUANTAN, 18 Sep – Hasil siasatan Lembaga Siasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendapati punca pesawat tempur F/A-18D Hornet yang berlaku bulan lalu berpunca daripada pelanggaran dengan burung, kata Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Beliau berkata hasil siasatan berkenaan mendapati kesan pelanggaran seekor burung bangau yang berada di atas landasan telah menyebabkan kegagalan fungsi enjin kiri pesawat itu.

“Penemuan itu adalah berdasarkan analisa kamera litar tertutup (CCTV), analisa daripada sistem perakam penerbangan dan pemeliharaan rekod dengan bantuan Tentera Laut Amerika Syarikat, data teknikal serta analisa yang diperoleh daripada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, Jabatan Kimia, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,” katanya.

Dua anggota TUDM dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi menerima rawatan susulan kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM pada 21 Ogos 2025.

Beliau yang ditemui di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini berkata pengoperasian pesawat F/A-18D Hornet akan diteruskan seperti biasa, dengan pesawat itu telah menjalani latihan penerbangan untuk melihat keadaan semasa.

“Saya rasa yakin bahawa tiada (masalah pesawat) yang boleh menjurus kepada (masalah) teknikal dan lebih kepada kejadian yang tidak dapat dielakkan iaitu kemasukan burung yang agak besar dan menyebabkan pesawat itu tidak dapat berlepas pada malam berkenaan,” katanya.

Muhamad Norazlan berkata kemalangan itu dikenal pasti berlaku ketika pesawat F/A-18D Hornet berlepas dengan kelajuan 146 knot pada ketinggian hampir 10 meter, sebelum kedua-dua anak kapal itu melompat keluar kira-kira 50 meter daripada pesawat berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan dan meminta siasatan menyeluruh dijalankan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata pihak pangkalan penerbangan juga telah memastikan landasan itu dalam keadaan selamat digunakan selepas kerja-kerja pengusiran burung dijalankan.

“Mungkin seekor burung berada di landasan pada masa dan lokasi yang tidak sesuai, sekali gus menyebabkan pelanggaran itu berlaku,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *