Pulihkan Kawasan Perumahan Uzur Dengan Luluskan RUU PSB

Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru antara kawasan perumahan uzur yang boleh dipulihkan semula dengan pengenalan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (PSB).

PENDAPAT, 27 Ogos – Nafas baharu kepada kawasan bandar yang dikenal pasti sebagai uzur dan usang, boleh dipulihkan dengan memperkenalkan suatu akta baharu dan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) menepati ciri-ciri berkenaan.

Bukan untuk menafikan hak sesiapa, PSB berperanan sebagai mekanisme berkesan bagi menangani isu perumahan uzur termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berusia lebih 30 tahun yang berisiko terbakar akibat pendawaian lama dan sebagainya.

Sokongan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari terhadap PSB amat dialu-alukan kerana ia menjadi keperluan penting bagi memastikan kawasan terbiar dapat dibangunkan semula dengan efektif.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

“Kalau (diluluskan) ia akan memberikan ruang untuk kita membangunkan semula beberapa kawasan yang uzur seperti di Ampang, Gombak, Hulu Langat, cuma kita perlu teliti balik beberapa tentangan melibatkan akta (RUU) berkenaan.

“Saya percaya (PSB) ini diperlukan oleh mana-mana pentadbir dan pemerintah kerana kalau tidak, kita akan membiarkan kawasan itu terus susah tanpa dibangunkan semula,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2025 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

Walaupun beberapa seksyen dalam RUU berkenaan dipertikai sesetengah pihak, ia sebenarnya boleh diperbaiki dan diperhalusi bagi memastikan hak semua pihak berkepentingan terjaga.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

Dengan 108 kali sesi libat urus membabitkan pelbagai pihak telah dilaksanakan, ia seharusnya menjadi ‘game changer’ kepada isu perumahan uzur yang memerlukan tindakan segera pihak berkuasa tempatan sebelum insiden tidak diingini berlaku.

Janganlah usaha murni kerajaan membantu memulihkan kawasan perumahan uzur dijadikan modal politik pihak tertentu yang hanya pandai memainkan sentimen perkauman tetapi gagal mencari jalan penyelesaian bagaimana mahu memastikan struktur bangunan selamat untuk didiami.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *