Kes Dadah Anak Bekas PM: Siasatan Masih Diteruskan

Polis masih meneruskan siasatan terhadap kes anak seorang bekas perdana menteri yang ditahan bersama sejumlah dadah dalam sebuah kereta mewah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Polis mengesahkan siasatan berkaitan seorang anak bekas perdana menteri sedang diteruskan berhubung penemuan dadah dalam sebuah kereta ketika pemerikasan di Lebuhraya Sprint, dekat sini tempoh hari.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan masih berterusan untuk dilengkapkan bagi tindakan lanjut.

“Siasatan masih berterusan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Tangkapan berkenaan dilakukan pada hari kejadian dan setakat ini, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi.

Media sebelum ini melaporkan seorang anak kenamaan ditahan bagi membantu siasatan ekoran operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara.

Difahamkan sebuah kereta mewah diberhentikan dalam operasi pencegahan jenayah di lebuhraya itu pada 23 Ogos lepas.

Siasatan berkenaan mendapati sejumlah dadah ditemukan dalam kereta berkenaan dan individu berkenaan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah turut ditemukan dan diambil sebagai bukti siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek berusia 20-an turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *