Isu Sempadan Darat: Malaysia, Brunei Sepakat Selesai Menjelang Mei 2027

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Malaysia dan Brunei sepakat menyelesaikan isu sempadan darat, termasuk yang berlarutan di Sektor F-G dengan komitmen jelas untuk menyiapkan kerja pengukuran serta penandaan menjelang Mei 2027.

Dalam kenyataan bersama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menzahirkan kepuasan terhadap kemajuan pelaksanaan Surat Pertukaran (EOL) 2009 yang terus menjadi tonggak kerjasama strategik antara dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Mesyuarat ke-26 mengenai pelaksanaan EOL yang berlangsung pada 23 Julai lalu di Kuala Lumpur turut menekankan keperluan mengekalkan momentum, persefahaman bersama serta memperkukuh hubungan dua hala.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin mengakui isu Sektor F-G masih belum menunjukkan kemajuan ketara. Justeru, Jawatankuasa Bersama Sempadan Darat diberi arahan untuk mempercepat proses penyelesaian dengan mengambil kira pendekatan konstruktif berpandukan Nota Pertukaran (EON) 2024 yang dimeterai Ogos lalu,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kedua-dua pihak turut mengulangi komitmen terhadap perjanjian sedia ada termasuk EOL 2009, Memorandum Persefahaman 2012 mengenai proses pengukuran bersama serta lima Perjanjian Sempadan Darat terdahulu.

Mereka menegaskan, bahawa sebarang kawasan belum ditanda akan diselesaikan hanya berdasarkan prinsip ‘watershed’.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Merujuk EON 2024, kedua-dua pemimpin menegaskan penyelesaian Sektor F-G mesti berlandaskan prinsip ‘watershed’ dengan sasaran menentukan garisan tunggal dan melengkapkan kerja pengukuran serta penandaan menjelang 31 Mei 2027,” katanya.

Sejak kerja pengukuran dimulakan pada 2012, sejumlah 214.638 kilometer atau 41 peratus sempadan darat Malaysia-Brunei sudah berjaya ditanda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dengan kerja pengukuran di Sektor E-F dijadual selesai tahun ini, Sektor A-B pada 2026 dan Sektor F-G menjelang 2027, kedua-dua negara bersetuju secara prinsip untuk mempertimbang Memorandum Persefahaman (MoU) Fasa Kedua yang menyasarkan 66 peratus sempadan dapat ditanda menjelang 2028.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran MoU berkaitan sektor kesihatan antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Kesihatan Brunei, Datuk Seri Dr Mohammad Isham Jaafar di Kompleks Seri Perdana di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kelmarin, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Malaysia bagi mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Turut berangkat, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah selain menteri kabinet serta pegawai kanan kerajaan Brunei.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semalam, Sultan Hassanal Bolkiah diberi sambutan negara di Istana Negara diikuti dengan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong serta majlis santapan negara yang dianjurkan oleh Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, lawatan negara itu akan disusuli Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *