Pulangan RM17 Bilion Kepada Sabah Hasil Hubungan Baik Dengan Persekutuan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

TAWAU, 10 Nov – Peruntukan mencecah RM17 bilion yang disalur Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, meskipun hasil kutipan cukai daripada negeri itu berjumlah kira-kira RM10 bilion setahun, dengan sendirinya menepis dakwaan kerajaan mengambil hasil Sabah tanpa pulangan setimpal, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, jumlah besar tersebut jelas menunjukkan komitmen tinggi Kerajaan MADANI dalam memperkasa pembangunan di negeri itu termasuk bidang kesihatan, infrastruktur dan kebajikan rakyat.

“Kerajaan ambil hasil RM10 bilion melalui sistem cukai, tapi bagi balik RM17 bilion kepada Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Ini anak-anak muda kena tahu, bukan nak lagakan orang Murut, Kadazan, Bugis, Suluk dan lain-lain, tapi untuk angkat martabat Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau, di sini, hari ini.

Menyentuh isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perdana Menteri menjelaskan kerajaan kini komited melaksanakan bayaran khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, hasil rundingan bersama pimpinan kedua-dua negeri.

“Sebelum ini Sabah dan Sarawak hanya terima sekitar RM50 juta hingga RM150 juta setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Tapi selepas rundingan dalam jawatankuasa yang saya pengerusikan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg, kita tambah kepada RM600 juta setahun sebagai bayaran khas sementara (interim),” katanya.

Anwar turut menegaskan keperluan mengekalkan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan, khususnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan dasar serta projek pembangunan.

“Sabah mempunyai potensi besar dan harapan tinggi terhadap kerajaan, tapi mesti diurus dengan baik dan mempunyai hubungan kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Anwar berkata, kerajaan turut melaksanakan pelbagai langkah memperkukuh sistem perkhidmatan awam termasuk menyelesaikan isu doktor kontrak yang tertangguh sebelum ini.

Menurut beliau, hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hampir keseluruhan masalah doktor kontrak berjaya diselesaikan, selain kerajaan turut menaikkan elaun tugas atas panggilan pegawai perubatan sebanyak 40 peratus sebagai langkah awal penambahbaikan skim perkhidmatan sektor kesihatan itu.

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan kenaikan gaji dua kali bagi penjawat awam, iaitu pada Disember 2024 dan Januari 2025, selepas 12 tahun tiada sebarang pelarasan gaji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau pada 10 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Ramai tanya kenapa bagi banyak sangat kepada penjawat awam. Saya kata, dengar dulu. Sudah 12 tahun tiada kenaikan. Skim baharu ini lebih adil kerana jawatan peringkat rendah dapat kenaikan lebih tinggi berbanding pegawai kanan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, untuk 2024 sahaja, kerajaan menanggung kos tambahan RM10 bilion bagi pelarasan gaji dan elaun, manakala bagi tahun 2025, peruntukan gaji penjawat awam meningkat kepada RM18 bilion sebagai pengiktirafan terhadap jasa mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *