PRU Sabah: Rekod Cemerlang Urus DUN Inanam Jadi Kekuatan Peto

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Inanam, Datuk Peto Galim berazam akan meneruskan pembangunan dan kemajuan kawasan seperti yang telah dicapai selama lima tahun lalu.

SEPANGGAR, 21 Nov – Hasil kerjasama erat antara kerajaan Sabah dan Persekutuan selama lima tahun lalu menjadi rekod ampuh bagi Datuk Peto Galim terus berbakti kepada pengundi DUN Inanam.

Peto yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan bertekad memperkukuh pembangunan kawasan itu pada penggal akan datang bersama kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peto, 59, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, berkata pengalaman mentadbir Inanam selama ini membolehkannya menumpukan penyelesaian terhadap isu-isu asas yang telah lama dihadapi penduduk, termasuk kesesakan jalan, banjir, kemiskinan bandar, ketiadaan dokumen, dan infrastruktur tidak mencukupi.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Inanam, Datuk Peto Galim berazam akan meneruskan pembangunan dan kemajuan kawasan seperti yang telah dicapai selama lima tahun lalu.

Beliau menegaskan bahawa rekod kerja serta jaringan kerjasama dua hala yang telah dibina membuktikan keupayaannya untuk terus memperkukuh pembangunan Inanam sekiranya diberikan mandat sekali lagi sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

“Kita ada kelebihan kerana sudah menjadi ADUN kawasan ini selama lima tahun dan telah memulakan tugas lebih awal. Banyak hasil kerja telah ditunjukkan dan dapat dilihat oleh masyarakat di Inanam,” katanya.

Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya KEADILAN Sabah itu, beberapa projek strategik telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama kukuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan, antaranya Projek Tebatan Banjir Likas bernilai hampir RM126 juta yang diluluskan tahun ini.

“Jika projek ini siap sepenuhnya beberapa tahun daripada sekarang, ia tidak sepenuhnya menyelesaikan masalah, tetapi secara drastik akan mengurangkan banjir teruk di kawasan Likas, Taman Nelly, Kolombong dan Inanam,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa perbincangan dan usaha bersama kerajaan negeri dan Persekutuan membolehkan pengaktifan semula projek tebatan banjir di Menggatal, termasuk kelulusan tambahan lebih RM30 juta bagi melengkapkan fasa kedua hingga ke laut.

Selain itu, Peto berkata pelaksanaan beberapa projek infrastruktur yang kini berjalan lancar – termasuk peningkatan kecekapan trafik di pekan Inanam serta kerja naik taraf jalan di Menggatal dan Batu 5 – merupakan hasil hubungan kerja yang baik antara pelbagai agensi persekutuan dan negeri.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Inanam, Datuk Peto Galim berazam akan meneruskan pembangunan dan kemajuan kawasan seperti yang telah dicapai selama lima tahun lalu.

“Pergi saja ke Inanam sekarang. Anda boleh lihat kerja-kerja sedang dilaksanakan dan perubahan ketara, seperti bulatan Inanam yang telah ditukar menjadi lampu isyarat dan hampir siap,” katanya.

Beliau menambah, rekod pencapaian itu turut merangkumi pewartaan lebih 22 kampung serta pembinaan lebih 300 rumah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang disalurkan terus kepada keluarga di DUN Inanam sejak dilancarkan pada 2022.

Selain itu, Peto berkata pembangunan Dewan Masyarakat Besar Utama Inanam yang terbengkalai puluhan tahun turut berjaya dimulakan semula hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutuan.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Inanam, Datuk Peto Galim berazam akan meneruskan pembangunan dan kemajuan kawasan seperti yang telah dicapai selama lima tahun lalu.

“Kali ini, pengundi di kawasan Inanam masih mengharapkan sentuhan dan jawapan terhadap masalah asas terutamanya berkaitan air, jalan raya, kesesakan, kemiskinan, ketiadaan dokumen, pembangunan infrastruktur, dan peluang pekerjaan.

“Presiden KEADILAN ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika kita menang PRN ini, khususnya di Inanam, kita mempunyai kelebihan signifikan kerana menjadi sebahagian daripada pembuat dasar dalam kerajaan negeri,” katanya.

Dalam misi menawan semula Inanam, satu daripada DUN dalam Parlimen Sepanggar selain Karambunai dan Darau, Peto akan berdepan saingan 13 penjuru pada PRU Sabah ke-17.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian, manakala undi awal pada 25 November.

N18: INANAM: SABAH: 45,525

  1. Sumali @ Marino Ahmad (Rumpun)

  2. Gordon Lai Han Yung (PBK)

  3. Shone Eric Jr. Majimbun (Bebas)

  4. Wong Lee Kah (lewis) @ Lewis Wong (KDM)

  5. Edna Jessica Majimbun (Warisan)

  6. Datuk Kenny Chua Teck Ho (STAR)

  7. Datuk Wong Thien Fook (UPKO)

  8. Martin Sibit (GAS)

  9. Datuk Peto Galim (PH-KEADILAN)

  10. Chia Yun Kong (PR)

  11. Roland Chia Ming Shen (Bebas)

  12. Paul Anap (PIS)

  13. Joseph Linggian @ Joseph Chong (Anak Negeri)

(2020: Peto Galim: Warisan Plus – KEADILAN: Majoriti: 5,638)

<

p style=”text-align: center;”>Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *