Program Ihya’ Ramadan KPKM Diceriakan Dengan Kehadiran PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menghadiri program Ihya Ramadan KPKM di Putrajaya pada 5 Mac 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 5 Mac – Ramadan terus bersemarak dengan pelbagai pengisian kerohanian dan ibadah terutama apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Ihya’ Ramadan anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya di sini hari ini.

Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif KPKM untuk memperkukuh amalan ibadah serta meningkatkan penghayatan nilai kerohanian dalam persekitaran kerja sepanjang bulan Ramadan.

“Program dimulakan dengan kehadiran Perdana Menteri ke Mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi KPKM bagi berkongsi hala tuju dan agenda utama kementerian selain mendapatkan pandangan serta amanat secara langsung daripada beliau dalam usaha memacu sektor agromakanan negara ke tahap yang lebih cemerlang.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu tatakelola dan tadbirurus sektor agromakanan, pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun, status pindaan Akta 632 serta penyertaan UPOV 1991, pelaksanaan Jualan Agro MADANI, dan penganjuran MAHA 2026 dengan tema Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan,” kata KPKM dalam satu kenyataan kepada media sempena lawatan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
