‘Perang Saudara’ Meletus Dalam PN, Samsuri Serang Muhyiddin!

Samsuri menempelak Muhyiddin bahawa Presiden Bersatu itu pun bukan lagi calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) pada 5 Mac 2026 menyebabkan Muhyiddin pula seakan ‘meroyan’ dalam diam!
KUALA LUMPUR, 5 Mac – Aduh, sungguh memalukan!
Dengan tak semena-mena, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan ‘serangan’ sulung di bulan Ramadan ke atas ‘sekutu’ sendiri dalam PN.
Puncanya apabila Ahli Parlimen Kemaman itu enggan melayan dakwaan beliau bukanlah calon Perdana Menteri bakal ditampilkan gabungan pembangkang tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.
Malah lebih memilukan, Samsuri turut membalas, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin yang mengatakan demikian juga bukan lagi calon Perdana Menteri PN.
Sebaliknya, Samsuri mahu fokus untuk ‘memperkukuhkan PN bagi menghadapi PRU-16, tanpa memperjelaskan apakah serangannya terhadap Muhyiddin itu boleh ‘memperkukuhkan’ gabungan itu.
“Siapa pun calon, keutamaan kita sekarang memperkukuhkan Perikatan Nasional dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia.
“Yang pasti, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bukan lagi calon PM (Perdana Menteri),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu Muhyiddin dipetik berkata, Ahmad Samsuri cuma sekadar Pengerusi PN dan bukanlah calon PM yang akan ditampilkan gabungan pembangkang tersebut.
Ahli Parlimen Pagoh tersebut berkata, pemilihan calon Perdana Menteri masih belum dibincang dan diputuskan dalam kalangan kepimpinan PN.
Bekas Perdana Menteri kelapan itu turut berkata, pemilihan Ahmad Samsuri sebagai pengerusi dipersetujui Majlis Tertinggi PN ekoran permintaan Pas.
Mana Muhyiddin nak letak muka bila seorang Naib Presiden parti gabungan pun dah boleh memperlekehkannya?
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


