Pemberian Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri Naik Kepada RM10.5 Bilion – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2026 di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 5 Mac 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 5 Mac – Majlis Kewangan Negara hari ini bersetuju meningkatkan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini berbanding RM10.3 bilion pada 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, majlis sama turut bersetuju menambah baik pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, khususnya Pemberian Senarai Bersama, Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri dan agihan Cukai Pelancongan.

Kenyataan media Kementerian Kewangan pada 5 Mac 2026 yang menekankan peningkatan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri bagi 2026. Foto Kementerian Kewangan

 

Pemberian Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM8.1 bilion pada 2022 kepada RM10.3 bilion tahun lalu, tambah MOF.

“Peningkatan ini rentetan kenaikan kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (PMBO) bermula 2026 seperti yang digariskan kerajaan.

Kenyataan media Kementerian Kewangan pada 5 Mac 2026 yang menekankan peningkatan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri bagi 2026. Foto Kementerian Kewangan

“Bagi meningkatkan kemampanan aliran tunai kerajaan negeri, Majlis Kewangan Negara turut bersetuju dengan penambahbaikan mekanisme penyaluran di bawah Senarai Bersama,” menurut MOF.

 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk menambah baik pemberian Kerajaan Persekutuan kepada semua kerajaan negeri setiap tahun demi manfaat seluruh rakyat, tanpa mengira negeri atau wilayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menghadiri program Ihya Ramadan KPKM di Putrajaya pada 5 Mac 2026. Foto PMO

“Seperti yang termaktub dalam kerangka Ekonomi MADANI, limpahan hasil negara mesti diagih secara saksama dan bertunjangkan tatakelola baik,” kata beliau dalam kenyataan sama.

Beliau berkata kerajaan MADANI sentiasa terbuka untuk bekerjasama erat dengan semua kerajaan negeri, tanpa mengambil kira pendirian politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menghadiri program Ihya Ramadan KPKM di Putrajaya pada 5 Mac 2026. Foto PMO

“Penambahbaikan pemberian ini penting untuk memperhebat pembangunan sosioekonomi dan prasarana kritikal agar kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sebagai satu negara,” kata beliau.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *