PRN Sabah: Pelantikan Annuar Musa Permudah Cari ‘Kambing Hitam’

Pas amat ‘bijak’ dalam mencari ‘kambing hitam’ seperti Annuar Musa untuk dipersalahkan sekiranya parti itu gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Sabah ke-17 bulan depan.

KOTA KINABALU, 11 Okt – Pelantikan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Sabah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, sebenarnya ‘mempermudahkan’ proses mencari ‘kambing hitam’ sekiranya parti itu gagal memperolehi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Perkara itu diakui pemerhati politik tempatan serta warganet yang sudah menjangka Annuar tidak akan mampu mengepalai apatah lagi memahami demografi politik negeri itu yang tidak memerlukan pemimpin yang telah gagal dalam politik semasa.

“Kalau Annuar jadi ketua pilihan raya parti Pas di prn Negeri Sabah. Bukan setakat ramalan tapi hakikatnya calon parti Pas mewakili PN akan kalah bergaya dan tak mustahil ada antaranya hilang wang deposit. Sekiranya memperkasakan bangsa Melayu dan Islam dijadikan modal… bermakna prn Negeri Sabah bukan tempatnya. Malah menjadi antara punca penyumbang kepada penolakan dan kekalahan PN khasnya parti Pas,” kata Basir Ismail.

Pemerhati politik sifatkan pelantikan Annuar Musa ‘mempermudah’ proses mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan sekiranya Pas gagal membutirkan ‘anak sulung’ pada PRN Sabah ke-17.

Menurut Azlan Yahya pula, “wahhhhh…parlment dia pun dh kna tndang (tendang) ..lg pas mau lantik dia ktua grak kje…xde org lain ke tuang presideng..,” sindirnya.

Mivec Abe tanpa berselindung berkata “Bekas pahlawan UMNO. Skrg (Sekarang) hanya menjadi budak suruhan atau pencacai shj (sahaja). Nanti kalau kalah dah ada siap2 kambing hitam,” tegasnya.

Pandangan sama turut dilontar Abdul Muhaimin dari Kalabakan yang ‘teruja’ menunggu apakah ‘hasil’ atau formula bekas menteri Wilayah Persekutuan itu dalam memastikan Pas beroleh ‘anak sulung’ di negerinya.

“Mudah kata, seolahnya Pas tidak wujud di Sabah ya jika mengikut keadaan semasa sudah jadi pembangkang, saya tidak fikir Tan Sri (Annuar) dapat ‘lahirkan’ anak sulung daripada pilihan raya tapi ‘anak lain’ saya tidak tahu,” selorohnya.

Screenshot

Untuk rekod, Annuar tidak mempunyai kredibiliti mengepalai mana-mana pilihan raya kecuali di bekas kawasan parlimen di Ketereh sebelum ditewaskan Radzi Jidin pada PRU-14 serta gagal merampas DUN Nenggiri di Gua Musang pada PRK dua tahun lalu.

Ironinya, Abdul Hadi Awang selaku presiden parti itu cukup ‘mudah’ melantik seorang pemimpin luar Sabah sedangkan parti itu mempunyai beberapa pemimpin negeri yang boleh diberi kepercayaan menggalas ‘misi mustahil’ mencari walaupun satu daripada 73 kerusi DUN yang akan dipertandingkan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *