Kerajaan Jamin Peluang Pelajar Tempatan Ke Universiti Tidak Terjejas – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, Ipoh pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

IPOH, 11 Okt – Peluang pelajar tempatan ke universiti awam dan swasta tidak pernah tertutup biarpun kemasukan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di negara ini meningkat saban tahun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Malaysia kini menempatkan kira-kira 170,000 pelajar antarabangsa menjadikannya sebagai destinasi utama memperolehi pendidikan tinggi di ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, Ipoh pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Di ASEAN kita nombor satu yang memiliki jumlah pelajar luar negara paling ramai. Ini menunjukkan imej dan mutu pendidikan kita dihargai,” katanya ketika berucap pada program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, di sini hari ini.

Menurut Anwar, walaupun kehadiran pelajar antarabangsa penting terutama bagi universiti swasta, ia sama sekali tidak menjejaskan peluang anak-anak tempatan yang merekodkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, Ipoh pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tanpa mengabaikan kualiti pendidikan setara dengan universiti terkemuka, Malaysia katanya memiliki ramai pelajar universiti sama ada di dalam mahupun luar negara yang menempa nama sebagai pelajar berdisiplin, pintar dan dicontohi pelbagai negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa sektor pendidikan terus menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2026 berikutan kedudukannya yang penting bagi masa depan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, Ipoh pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita bersyukur negara ini aman. Sebab itu peruntukan terbesar dalam belanjawan diberikan kepada pendidikan kerana masa depan kita bergantung pada bagaimana anak-anak dilatih, diasah kemahiran dan diberi peluang mencapai kecemerlangan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 1,500 pelajar Tingkatan Lima dari sekolah-sekolah sekitar Tambun dan daerah berhampiran menyertai seminar berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, Ipoh pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *