PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari Manfaat Sepenuhnya Kempen Di Platform Media Sosial

Akaun Facebook rasmi calon Pakatan Harapan (PH) Dr. Joohari Ariffin mula menjadi tumpuan warganet dengan perkembangan terkini kempen PRK DUN Sungai Bakap. Foto Facebook Dr. Joohari Ariffin
NIBONG TEBAL, 27 Jun – Memasuki hari kelima kempen, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin mengakui bahawa platform media sosial merupakan alternatif dalam mendekatkan dirinya kepada pengundi-pengundi di kawasan terbabit, selain kempen secara fizikal terus dipergiat.
Penggunaan platform seperti Facebook, TikTok dan Instagram dimanfaat sebaik mungkin oleh Dr. Joohari atau Cikgu Joo bagi mendekati penduduk Sungai Bakap, Pulau Pinang secara maya.

Selain peka akan permasalahan rakyat secara serius, platform tersebut lebih pantas dalam menarik minat golongan sasar dalam menyampaikan hasrat serta aspirasi kerajaan.
Pelbagai pengisiaan dimuat naik antaranya aktiviti ceramah, tinjauan mesra serta aktiviti ziarah penduduk sekitar.
“Kedua-duanya berkesan namun ia ada kumpulan sasar yang tersendiri. Penggunaan media sosial ini memudahkan dan seronok kerana ia tidak hanya digunakan oleh golongan muda sahaja tetapi turut diguna pakai mereka yang berada dalam lingkungan usia 40-an ke atas.

”Bagaimanapun, kita tetap laksanakan kaedah bersemuka dengan pengundi. Meski ia adalah konvensional namun sangat berkesan,” kata Dr. Joohari.
Dalam pada itu, Dr. Joohari memaklumkan bahawa kira-kira 50 peratus penduduk di kawasan itu telah disantuni, meski hanya baru seminggu kempen bermula.
Beliau yang lebih selesa disapa Cikgu Joohari, yakin dapat bertemu baki sebahagian lagi penduduk sebelum tamat tempoh berkempen.

Aktiviti ziarah dari rumah ke rumah antara yang menjadi pilihan bagi mendekati masyarakat.
“Insya-Allah kita sudah mula ziarah dari rumah ke rumah. Kita dapat selami kehidupan masyarakat, ada yang sakit, ada yang OKU.”
“Jadi, kita cuba menyantuni semua penduduk dan masyarakat. Saya rasa setakat ni kita punya kempen semakin menarik, saya akan cuba untuk sampai ke tiap-tiap pintu rumah,” tambah Dr. Joohari.
Selain kempen harian, beliau juga memilih walkabout di pasar-pasar tani dan pasar malam bagi bertemu penduduk.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
