Penggunaan Kod QR Tambah Baik Khidmat, Operasi Imigresen – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berada di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru bagi melihat sendiri pergerakan lalu lintas rakyat yang menggunakan laluan berkenaan. Foto X Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Kerajaan sedang menguji penggunaan aplikasi kod QR (Quick Respons) dalam usaha menambah baik perkhidmatan operasi pusat pemeriksaan sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.
Ia sekaligus memastikan kecekapan pengurusan dan operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditambah baik dari semasa ke semasa tanpa menjejaskan integriti keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sesi berkenaan dijalankan selama tiga bulan, mulai 1 Jun hingga 31 Ogos depan.
Beliau berkata, ia bertujuan menggalakkan pengguna supaya lebih biasa menggunakan aplikasi berkenaan, selain mengelakkan berlaku kekeliruan.
Sehubungan itu, katanya, pengembara boleh menggunakan mana-mana aplikasi dibangunkan di kedua-dua pintu masuk BSI dan KSAB, setelah tamat sesi pembuktian konsep (POC) berkenaan.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen (Imigresen) sudah membuat hebahan secara meluas berhubung aplikasi dibangunkan di CIQ BSI dan CIQ KSAB.
“Inisiatif ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara dengan signifikan.
“‘Way forward’ Imigresen berhubung penggunaan kod QR ini akan diperluas kepada warga asing pemegang Pas Jangka Panjang, mod perjalanan kereta dan penjanaan kod QR berkelompok bagi pengembara berkumpulan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai langkah sudah diambil supaya tiada kekeliruan berhubung penggunaan kod QR di Tambak Johor dan Laluan Kedua, Johor bagi mengatasi kesesakan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
