PRK Nenggiri: Satu Kertas Siasatan Dibuka Babit Ceramah Berbaur Ugutan

Muhamad Zaki (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Majlis Perasmian Balai Polis Kok Lanas, Kota Bharu, hari ini. Foto Bernama

KOTA BHARU, 8 Ogos – Polis Kelantan membuka kertas satu kertas siasatan berhubung video ceramah sebuah parti politik yang berbaur ugutan terhadap pengundi ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hanya satu kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jadi kita telah buka satu kes. Kenyataan yang boleh berikan persepsi salah. Kita siasat,” katanya.

Ujarnya, hasil pemantauan yang dilakukan pihaknya mendapati kedua-dua parti bertanding mempamerkan kematangan bagi memastikan kempen pilihan raya berjalan lancar.

“Lain-lain, saya rasa tidak ada. Semuanya baik. Kedua-dua parti tunjuk matang berkempen tetapi pertemuan biasa Nampak macam kawan-kawan tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Zaki menjelaskan pihaknya sentiasa bersiap siaga dari semasa ke semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan dengan menempatkan anggota yang mencukupi untuk memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *