PRK Nenggiri: 10.90 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 9 Pagi

Calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani hadir mengundi di Pusat Mengundi Tabika Sri Bakawali, Gua Musang pada Sabtu. Foto Kelantan FM

GUA MUSANG, 17 Ogos – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat jam 9 pagi direkodkan sebanyak 10.90 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) angka tersebut diperoleh daripada jumlah 20,259 pemilih keseluruhan di DUN berkenaan.

Sebanyak 20 pusat pengundian membabitkan 46 tempat mengundi atau saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) dibuka serentak jam 8 pagi tadi.

Daripada jumlah pusat pengundian itu, 14 pusat pengundian dibuka sehingga jam 6 petang manakala empat pusat mengundi akan ditutup jam 2 petang, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Zakaria Mamat merupakan Pengundi terawal di Pusat Mengundi Tabika Sri Bakawali, Kampung Bertam Lama sempena PRK DUN Nenggiri pada Sabtu. Foto Kelantan FM

Dua lagi pusat mengundi akan ditutup pada jam 3 petang, iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan Sekolah SK Pulat.

PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun lalu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *