20 Pelajar Perubatan Diculik Dalam Perjalanan Ke Konvensyen

Laporan berita dari stesen televisyen tempatan melaporan insiden penculikan lebih 20 pelajar perubatan pada Jumaat.
ABUJA, 17 Ogos – Sekurang-kurangnya 20 pelajar perubatan dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan menghadiri konvensyen tahunan Persekutuan Pelajar Perubatan dan Pergigian Katolik, di Nigeria.
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo, sebuah bandar di negeri Benue, kata jurucakap polis Catherine Sewuese Anene kepada Xinhua.
Siasatan sedang dijalankan dan agensi keselamatan diarah menjejaki kumpulan bersenjata serta menyelamatkan mangsa.
Maklumat penculikan termasuk pihak yang bertanggungjawab sedang dikenal pasti.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
