PRK KKB: Calon PN Enggan Ulas Isu ‘Berhutang Dengan Kredit Komuniti’

Ulasan warganet memaparkan hantaran berhubung isu hutang yang melanda calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK KKB yang tular di media sosial sejak semalam.

HULU SELANGOR, 2 Mei – Selepas kontroversi mengenai status akademiknya, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.

Walau bagaimanapun, pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu mengambil langkah selamat apabila mengelak daripada mengulas isu tersebut ketika ditanya pemberita selepas Ceramah Perdana PN di Batang Kali, malam Rabu.

Beliau memberi alasan perlu ke lokasi lain walaupun had waktu berkempen dalam setiap pilihan raya setakat jam 12 tengah malam.

Ulasan warganet memaparkan hantaran berhubung isu hutang yang melanda calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK KKB yang tular di media sosial sejak semalam.

No comment (tiada komen), terima kasih. Saya perlu ke lokasi lain,” katanya ringkas ketika diminta mengulas perkara itu.

Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kreadibiliti calon PN kelahiran Felda Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

Sejak hari penamaan calon PRK pada 27 April lalu, Khairul Azhari berdepan kontroversi apabila pelbagai pihak mempersoalkan kelayakan ijazah sarjana (master) tanpa memiliki ijazah sarjana muda (degree).

Pertanyaan yang ditimbulkan seorang warganet tentang hutang calon PN yang tular dan dilihat melebihi 19 ribu kali. Foto X

Rentetan itu beliau menerusi hantaran di Facebook memuat naik sijil dan transkrip Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Tindakan tersebut sekali gus menamatkan pertikaian banyak pihak selain memaklumkan enggan mengulas lanjut kerana mahu memberi tumpuan kepada kempen PRK Kuala Kubu Baharu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *