Presiden Trump Dijangka Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS Di Kuala Lumpur – Rubio

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Jul – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio mmeberitahu, Presiden Donald Trump, dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS yang akan berlangsung di Malaysia pada Oktober ini.

Rubio mengesahkan bahawa perbincangan sedang dijalankan untuk menetapkan tarikh rasmi sidang kemuncak berkenaan, sekali gus memberi bayangan kemungkinan kehadiran Trump.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ya, itu kemungkinan. Kami sedang usahakan untuk menetapkan tarikh,” katanya kepada media pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan di sini, hari ini.

Terdahulu pada pertemuan dengan Rubio, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur pada Oktober depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, jemputan itu disampaikan kepada Rubio yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau petang tadi.

“Malaysia kekal yakin bahawa kerjasama erat dengan AS bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah menjadi pemangkin kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan rantau Indo-Pasifik secara keseluruhan,” katanya menerusi catatan di Facebook sejurus selepas pertemuan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar dan Rubio bertemua selama kira-kira 40 minit di Bangunan Parlimen dan ia merupakan lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini.

Ia juga merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pemimpin dan juga yang pertama diadakan di ibu negara.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mewakili Malaysia dan Duta Besar AS ke Malaysia, Edward D Kagan mewakili negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *