PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Negara AS, Bangkitkan Tiga Perkara Utama

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Jul – Tiga perkara utama menjadi topik perbincangan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Pertemuan kedua-dua pemimpin turut dihadiri delegasi kedua-dua negara dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mewakili Malaysia dan Duta Besar AS ke Malaysia, Edward D Kagan mewakili AS, yang antara lain Malaysia membangkitkan isu tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald J. Trump.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, Rubio menyatakan bahawa surat berkenaan adalah surat cara umum dan Malaysia masih mempunyai tempoh sebulan untuk mengadakan rundingan sehingga 1 Ogos depan.

“Mereka tahu bahawa Malaysia adalah negara dagang utama AS di rantau ini dan akan memberikan pertimbangan serta mengemukakan pandangan kita,” katanya ketika ditemui media selepas perjumpaan bersama Rubio hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, perjumpaan bersama Rubio banyak tertumpu kepada ASEAN dan tahun ini giliran Malaysia menjadi pengerusi badan serantau yang mempunyai 670 juta penduduk di 10 buah negara.

“AS masih menganggap hubungan dengan Malaysia penting dan mahu mengekalkan malah meningkatkan kerjasama bersama dengan ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“AS juga memahami pendirian kita untuk berbaik dan berdagang dengan semua negara. Ini penting ya. Kerana banyak yang menganggap bahawa kita harus memilih. Tidak,” kata Anwar.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menegaskan, walaupun AS merupakan rakan dagang yang penting, hubungan dengan China, keupayaan negara ASEAN dan negara lain akan dipertingkatkan untuk menjamin kepentingan rakyat dan faedah kepada negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Isu pembantaian, kekejaman di Gaza yang harus dihentikan menerusi gencatan senjata segera, turut dibincangkan Anwar bersama Rubio, yang merupakan pertemuan kali pertama buat kedua-dua pemimpin itu.

“Rubio menyatakan bahawa maklumat terakhir ialah terdapat usaha keras dan beliau yakin akan ada gencatan senjata membolehkan bantuan kemanusiaan ke Palestin dan Gaza.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 7.39 pagi 10 Julai 2025. Foto Reuters

“Mengenai isu-isu lain membabitkan perdamaian, saya tekankan bahawa kita di sini terkesan juga kalau ada pencerobohan dan gangguan,” katanya.

Pada pertemuan itu juga, Anwar turut menyampaikan jemputan kepada Presiden Trump bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober depan.

Terdahulu, Rubio bersama delegasi AS mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang dari Washington pada jam 7.39 pagi.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 7.39 pagi 10 Julai 2025. Foto Bernama

Beliau disambut oleh Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman; Duta Besar AS, Kagan dan Kuasa Usaha di Misi AS ke ASEAN, Kate Rebholz.

Rubio tiba bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang dianjurkan Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.

Ini juga adalah lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *