Tarif: Rubio Sahkan Kebimbangan Menteri-Menteri Luar ASEAN

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio ketika mengadakan sidang media di Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto US Embassy Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 10 Jul – Kebimbangan yang disuarakan oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN berhubung pelaksanaan tarif perdagangan baharu bermula 1 Ogos depan, menerima maklum balas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio.

Isu berkenaan, katanya, bukan sahaja dibangkitkan oleh negara-negara ASEAN, malah turut menjadi kebimbangan dalam kalangan pemimpin dari seluruh dunia.

“Ya, mengenai tarif itu saya menerima kebimbangan daripada menteri luar dari pelbagai bahagian dunia.

“Bagaimanapun, ia adalah mengenai usaha untuk mengimbangkan semula hubungan perdagangan kami,” katanya ketika ditemui pemberita di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58, di sini, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Rubio berkata kadar tarif yang dikenakan terhadap sesebuah negara bergantung kepada status hubungan perdagangan dengan AS dan sentiasa ada ruang untuk dirunding semula.

“Negara yang berbeza mempunyai kadar yang berbeza berdasarkan status perdagangan mereka dengan kami dan sentiasa ada peluang untuk berunding.

“Kita sudah melihatnya berlaku kepada Vietnam dan United Kingdom (UK). Saya percaya kita akan melihatnya berlaku dengan beberapa negara lain dari semasa ke semasa,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Langkah tarif itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha AS untuk menyusun semula sistem perdagangan global yang menurut negara itu, ia sudah lama merugikan ekonomi dan pekerjanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *