Presiden Republik Kyrgyz Diberi Sambutan Rasmi Di Perdana Putra

Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov diberi penghormatan memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) diketuai Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari. Foto Amin Mt

PUTRAJAYA, 25 Jun – Sempena lawatan rasmi ke Malaysia, Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov diberikan sambutan rasmi negara di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan beliau pada jam 9 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai acara rasmi diplomatik negara.

Sejurus itu, Presiden Zhaparov diberi pengohormatan memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) diketuai Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.

Pesawat khas yang membawa Zhaparov dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 6.45 petang. Foto Bernama

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta barisan Jemaah Menteri.

Presiden Zhaparov kemudiannya diperkenalkan dengan barisan Jemaah Menteri sebelum Anwar diperkenalkan dengan delegasi dari republik berkenaan.

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai presiden pada 2021 dan sebagai lawatan balas Anwar yang melawat negara itu pada Mei tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Republik Kyrgyz pada Mei 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selepas sambutan negara, kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat dua hala dan bakal memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) antaranya berkaitan pelancongan, transformasi digital dan keselamatan siber.

Terdahulu pada Isnin, pesawat khas yang membawa Presiden Zhaparov dan delegasi selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang pada 6.45 petang disambut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selaku menteri pengiring.

Presiden Zhaparov sejurus itu diberi sambutan selamat datang dengan memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Istiadat).

Malaysia dan Republik Kyrgyz menjalin hubungan diplomatik pada 21 Mei 1992 selepas Kyrgyzstan memperoleh kemerdekaan susulan pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *